Monday 23 October 2017

Air Ketuban Kurang Semasa Mengandung Anak Pertama

Pengalaman mengandung kali pertama masih lagi segar di ingatan sal. First month kawin, period terus delay. Tunggu punya tunggu sampai 3 bulan, still jugak xperiod. Sal xnak la terlalu mengharap sebab takut keputusan upt nanti negatif. Sebab sal ngan suami nak anak cepat2. At least dah ada sorang baru nak merancang.

Dah masuk 3 bulan still tak period tapi masih lagi xde pape tanda. Last2 adik sal suggest suruh cek guna upt. Balik keje terus cakap kat husband nak singgah farmasi kejap nak beli upt. Sampai je rumah terus ke dapur, masak untuk dinner dulu. Sal sengaja lengah2 nak cek sebab takut punya pasal. Haha.

Then, dah siap dinner, dah settle semua keje umah baru rasa nk check. Tapi sal very confident yang sal memang dah mengandung. Orang cakap better check pagi barulah result lebih accurate. Tapi sebab tak sabar. Malam pun nak jugak check. Haha. Jenis keras kepala.

Jeng.. Jeng..

Sah.! Memang sah. Positif. Sal tak tau macam mana nak gambarkan perasaan tu. Macam xpercaya dalam rahim sal dah ada nyawa. Bakal keturunan kami. Terus cepat2 tunjuk upt tu kat husband. Husband senyum je.

Alhamdulillah sepanjang mengandung sal sihat. Dan paling buat sal rasa bersyukur sebab xperlu minum air gula. Sebab duk dengar2 orang cakap xsedaplah. Rasa nak muntahlah. Xlarat nak abiskan sebotollah. Macam-macam.

Walhal tiap kali pergi check up selalu kena tegur ngan nurse. Sebulan naik 3kg. Sal mengaku sepanjang tempoh mengandung sal susah control makan. Sebab asyik lapar. Kadang2 pukul 4 5 pagi pun sal bangun makan sebab perut dah mintak isi. Nak lena pun xleh. Time ni sal belum lagi kenal supplement shaklee tau. Dari 39kg naik sampailah 51kg. Tinggi sal pun 148cm je. Ok lah kan.??

Sal walaupun mengandung tapi jenis xboleh duduk diam. Memang aktif tau. Suka berjalan. Dah la office sal duk tingkat 4. Hanya turun naik guna tangga tau tanpa LIF. Sehari maybe 10 kali naik turun tangga sampai la sarat mengandung still jugak suka berjalan.

Pejam celik pejam celik dah dekat 8 bulan. Time ni dah rasa xselesa dah. Baby selalu gerak2, tendang2. Sampai rasa sakit kat ari2.

Maybe first time, and nak sangat bersalin kat Kelantan and berpantang kat kampung. Sal decide untuk apply cuti tanpa gaji selama sebulan dengan persetujuan suami. Alhamdulillah, sekali lagi rasa bersyukur sebab dijodohkan dengan seorang suami yang sangat memahami. =)

Cuti dah lulus. Bos pun baik tersangatlah memahami. Terus pecut balik kampung.

Dari check up kat Sg Buloh terus transfer ke klinik kesihatan kat kampung.

Haaa start check up kat sinilah doc dapat detect air ketuban kurang dan die cakap maybe pertumbuhan baby xnormal. Ya Allah.!!! Dalam hati kenapa sepanjang aku check up kat klinik Sg Buloh dan beberapa kali pergi check up kat private semua normal.

Time ni rasa betul2 mengharapkan keajaiban daripada Allah sebab tak nak menyusahkan suami yang nun jauh kat KL. Tak nak jugak menyusahkan family kat kampung. Umi abah yang sentiasa di sisi time susah senang. Dilayannya sal macam anak kecil. Padahal sal dah besar panjang. Dah jadi isteri orang dah pun. =)

Doc terus buat surat refer pakar, katanya esok kena pergi Hospital Kota Bharu. Lepas ni bermula la episod kena ulang alik check up kat Hospital Kota Bharu. Dalam hati Ya Allah permudahkanlah semua urusanku.

Balik rumah terus cite kat umi masalah ni. Umi tanya orang tu. Umi tanya orang ni. Umi cakap kat orang tu. Umi cakap kat orang ni. Kot2 ada yang tau cara nak atasi masalah air ketuban kurang.

Umi cakap try la dulu cara kampung, kalau xboleh jugak xpelah. At least kita dah ikhtiar. Mungkin umi nak sedapkan hati aku. Ermmm......

Alhamdulillah, petang 2 jugak dapat panggilan daripada makcik sal. Die try tanya bidan yang selalu datang urut die. Bidan suggest minum air barli.

Lama jugak la duk pikir patut ke aku pergi cari barli. Sebab esok dah kena jumpa pakar. Macam xsempat je. Rasa nak give up dah. Kalau keputusan tetap sama camne. memang kena ward la jawabnya. Takleh bayangkan camne kena bersalin paksa. Induce!!! orang cakap lagi terseksa wei... Uwwaaaa..

Dalam hati apa pun keputusan esok, aku kena redha. Mungkin apa yang berlaku ni ada hikmahnya. Allah uji aku sebab die sayang. Maybe die rindu sujud2 aku. maybe die rindu doa2 aku. maybe die rindu tangisan aku. 

ampunkan aku sekiranya aku lalai dari mengingatimu ya allah. 

Sampai malam baru la tergerak hati suruh adik sal pergi beli air barli dan jugak biji barli. Malam2 rasa malas plak nak rebus barli. Better beli yang dah siap. Biji barli boleh masak untuk esok pagi. Sempat lagi minum sebelum jumpa pakar.

Sepanjang perjalanan nak pergi Hospital Kota Bharu sal duk pegang je botol berisi air barli tu. Minumlah air barli tu sampai jumpa pakar. Sampai tahap macam tu sekali.

macam orang nak ambik exam. pegang la note 2 sampai nak masuk hall. haha

Sampai je kat sana, Ya Allah ramainya manusia. Berapa lama nak kena tunggu ni. Sabarlah je la sal.

Tunggu punya tunggu, terpampang nombor giliran sal. Cepat2 masuk bilik scan. Terus naik katil.

Nurse duk golek2 la scanner tu atas perut sal. Boleh plak die tanya. "Kenapa datang sini.?" Aik takkanlah die xbaca buku merah tu. Kompius aku.

Tapi sal jawab jugak tau. "Saya datang sini sebab dapat surat dari doc kk suruh refer pakar. Doc sana cakap air ketuban kurang dan pertumbuhan baby macam xok."

Lepas scan nurse cakap, " Xlah semua ok je. Air ketuban ok, pertumbuhan baby pun ok. So far xde masalah."

Ya Allah lepas dengar 2 rasa macam tengah pikul batu yang bebannya bertan2 tiba2 bertukar jadi kapas. Rasa lega sangat2.

Alhamdulillah, xperlu masuk ward. Thanks Allah.

Sejak hari tu sal terus amalkan minum air barli sampai la bersalin.



Nilah wajah insan yang ditunggu2 selama 9 bulan. Rasa xsabar nak jumpa tau. Tapi ni gambar time Thaqif 4-5 bulan maybe. hehe lupa plak. Tengokla bulat kemain. Makin hari makin debab patut la bahu sal lenguh2.

Sal harap tips ni berguna untuk semua ibu mengandung lagi2 yang tengah ada masalah yang sama. Lagi bagus kalau amalkan minum air barli sejak dari awal usia kandungan lagi tau disamping solat hajat dan doa2.

https://www.instagram.com/salihahzulkiflee/
https://www.facebook.com/norsalihah.zulkiflee


Friday 20 October 2017

Tiada Tenaga Gara2 Tak Breakfast

Sebenarnya dah lama dah sal nak share pengalaman sendiri minum ESP Shaklee. Baru kali ni ada ruang dan masa untuk update blog memandangkan Thaqif tersangatlah behave malam ni. Kalau x confirm berebut laptop ni ngan die. hehe. (alasan)

Sejak jadi ibu, rutin harian dah xsama dah. Boleh katakan hundred percent berubah. Tidur malam terganggu. Thaqif jenis suka tidur siang. Malam berjaga. Kadang-kadang pukul 4 pagi baru betul-betul boleh lena.


Kalau time puasa boleh jadi zombie. Lepas tidurkan thaqif, terus cepat-cepat prepare sahur.


Die plak jenis cepat sedar tau kalau sal xde kat sebelah die. Time masak pagi-pagi die merengek. Ada sekali tu tengok-tengok die dah merangkak sampai dapur cari sal. Kalau die dah merengek tu confirm xsiap masak. hehe.


Sejak hari tu, sal terpanggil untuk cari pengganti breakfast yang mengenyangkan serta bertenaga. Sal kalau lambat breakfast, badan rasa lemau, kepala pun mudah sakit.


Sebelum try esp, sal dah try ostematrix shaklee tau. Ostematrix ni memang serasi ngan sal. Nanti sal share dekat entry lain tau.


So, sebab serasi ngan ostematrix, Sal try plak search pasal esp. Banyak testimoni cakap bagus ambik time breakfast sebab mengenyangkan dan bertenaga. Sangat sesuailah untuk orang macam sal yang xsempat prepare breakfast.




Sal suka bancuh esp dengan milo. Minum plain macam tu pun ok. So far, tekak sal boleh terima. Kalau rajin blend ngan buah-buah lagi sedap. Segelas rasa xcukup tau. Hehe.


Esp pun ada manfaat lain jugak tau selain pengganti breakfast yang mengenyangkan serta bertenaga.



  • boleh cegah gastrik
  • boleh kawal berat badan bagi mereka yang tengah on diet sebab sifat esp yang mengenyangkan
  • boleh menghilangkan parut-parut jerawat
  • boleh memudarkan jeragat
  • boleh melicinkan dan menggebukan kulit
  • boleh mencerahkan kulit
  • menguatkan rahim sangat sesuai bagi mereka yang pernah mengalami keguguran
  • memperbanyakkan dan memekatkan susu badan
  • mencantikkan kulit ibu dan bayi
  • mempercepatkan luka bersalin sembuh

Sal ambik esp since Thaqif umur dalam 8 bulan. Now, Thaqif dah 2 tahun lebih. :)




Buat mereka yang berhajat ingin mendapatkan esp yang super best ni, boleh jugak dapat daripada sal. Sal jamin akan bagi tips dan konsultansi terbaik tau.

harga setong Esp, RM170.93. contact sal sekiranya nak harga jauh lebih murah 20-30%. 

Boleh terus hubungi sal di :

Whatsapp/SMS : 014-5077834
https://www.facebook.com/norsalihah.zulkiflee
https://www.instagram.com/salihahzulkiflee/